STAFF FC TUMPAS

Posted by wartawan | Monday, March 10, 2008

UTP,10 Mac, Staff Fc mengalami kekalahan pertamanya dalam liga utp 2008 ini kepada team baru iaitu onitsuka tiger dengan 2-1. keputusan itu sekaligus sedikit menyukarkan peluang staff fc untuk mara ke suku akhir kerana pertemuan seterusnya menentang rohirin tentu lebih sukar. untuk rekod, ini juga adalah pertama kali staff fc kalah dalam peringkat kumpulan sepanjang penyertaan staff fc dalam liga utp. rupanya kekalahan staff fc adalah petanda buruk buat parti barisan nasional yang turut kalah di beberapa negeri.
sepanjang perlawanan staff fc yang lebih banyak buat percubaan ke arah gol lawan namun nasib ternyata tidak menyebelahi. ada yang tersasar,ditepis penjaga gol atau diselamatkan oleh pertahanan di atas garisan gol. tapi kalau linesman buat kerja dengan betul, bola patutnya dah lepas garisan gol. tu le namanya takde rezeki nak menang. pihak lawan pula kurang buat percubaan tapi akibat 2 kali perangkap offside tak jadi, mereka dapat jaringkan gol. gol kemenangan mereka dijaringkan ketika perlawanan berbaki 5 minit je lagi. ingat dah boleh seri le.sedikit kelekaan membawa padah.
gol tunggal staff fc dijaringkan oleh pemain gantian, sham lebam. kad kuning dilayangkan kepada arfaishah dan salmi.

2 comments
  1. Falcao March 10, 2008 at 9:44 AM  

    Perlu teruskan latihan dalam masa 2 minggu ini. InsyaAllah kita akan berjaya. Mengikut statistik perlawanan kita mendominasi sebahagian besar permainan namun penyudahan kurang memuaskan.

  2. Anonymous March 11, 2008 at 1:26 PM  
    This comment has been removed by a blog administrator.