Big clash ahead

Posted by Falcao | Thursday, April 10, 2008

Big four and Catalans move into semi of UCL
Nampaknya tinggal empat pasukan yang tinggal dalam saingan UEFA Champions League musim ini. Tiga kelab Inggeris dan satu kelab Sepanyol telah membuktikan mereka mempunyai kredibiliti masing-masing. Ini juga membuktikan kini English Premier League dan Spanish Primera Liga adalah liga-liga tersohor.

Dalam saingan separuh akhir nanti Liverpool akan bertemu Chelsea manakala Man Utd akan bertemu Barcelona. Pada perlawanan malam tadi, Man Utd mempertaruhkan barisan sedikit berbeza dengan ketiadaan Ronaldo, Rooney, Vidic, Evra dan seterusnya mereka telah kehilangan Ferdinand yang cedera.

Mungkin Ronaldo dan Rooney direhatkan untuk fokus pada perlawanan Ahad ini menentang Arsenal. Ini merupakan satu lagi pertembungan menarik yang akan menentukan siapakah bakal bergelar juara di akhir musim. Pastinya wartawan tidak akan ketinggalan untuk menyaksikan perlawanan yang dijangka menarik ini.

Pasukan Staf sedia berjuang

Kelmarin pasukan UTP Staf FC meneruskan latihan sebagai persiapan menghadapi kejohanan sukan IPTS di UNITEN Sabtu ini.

Berikut adalah ulasan wartawan dalam post sebelum ini

"perlawanan di UNITEN ini amat penting buat staff fc selepas dimalukan dalam liga utp. matlamat kita hanya satu iaitu muncul juara. kita akan main 2 game berturut-turut.pasti memenatkan.dah lama wartawan tak turun training kerana perlu ulang alik ke hospital. wartawan berhasrat untuk tukar posisi di UNITEN nanti. kalau boleh nak main midfield kiri pula.tu pun kalau couch kasi la."

Nampaknya wartawan ingin bertukar posisi. Ingatkan nak main striker. Team mate lain macam mana. Nampaknya ramai juga yang akan bertukar posisi. Apapun persaingan sihat perlu diwujudkan.

0 comments