CORAT-CORET SUKAN IPTS 2008

Posted by wartawan | Monday, April 14, 2008

sabtu lepas telah pun selesai kejohanan persahabatan antara IPTS yang membabitkan 3 IPTS iaitu MMU, UNITEN dan UTP. dalam beberapa acara yang ada, UTP cuma juara dalam acara bolatampar saja.sukan lain hanya dapat kedua atau ketiga sahaja. namun kalau dilihat dari aspek bergaya UTP le pemenangnya. ini kerana pemain utp lengkap dengan seluar track dan sweater jenama joma dan juga t-shirt jenama KIKQ. team lain cuma dapat t-shit aje.

pasukan bola ternyata mempamerkan aksi longlai.apa tidaknya kena beraksi 2 game berturut-turut dan kena main tengah panas plak tu. yang putih pun boleh jadi gelap .kecuali yang dah memang gelap tetap gelap. hehehe.....dalam game pertama lawan MMU agak seimbang dan utp yang lebih control the ball. tapi macam biasa kena counter attack utp yang akan bolos gol.punca gol itu akibat pemain lawan berjaya gelecek sham lebam dan bola masuk ikut celah keeper. beberapa peluang keemasan utp gagal disempurnakan.antara peluang terbaik yang terlepas ialah abot dan juga salmi. mujur le akhirnya salmi dapat juga score.kesudahannya 1-1.penentuan sepak penalti diadakan untuk menentukan pemenang.dari 5 sepakan,hanya shapawi yang gagal score manakala team lawan gol semua 5 sepakan. so kita kalah 5-4 dan MMU muncul juara kejohanan.

perlawanan kedua dengan UNITEN pula sudah tiada makna lagi.pemain pun dah penat dan ada yang cedera. akhirnya kena belasah 7-0. sungguh memalukan. ada gol sendiri plak tu.

antara faktor kelemahan yang dikenalpasti ialah:
1. masa dan cuaca
2. pemain yang tak reti main bola(nak baju free je)
3. kekurangan stamina
4. pertahanan rapuh dan goyah. mudah dilepasi.
5.midfield tak banyak bantu defend.hanya salmi dan sayuthi yang nampak rajin. ruang tengah gagal dikawal dengan baik dan ini membolehkan pihak lawan mudah dapat bola.
6.striker kurang skill dan pengalaman. kalau ada sklill tak pandai score plak.
7.referee penat.

0 comments