Joy & despair

Posted by Falcao | Wednesday, April 09, 2008

UTP Football Bulletin
Setelah mengharungi 4 perlawanan liga UTP, pasukan Staff FC pada tahun ini tidak layak ke saingan suku akhir. Menurut wartawan ia adalah pencapaian terburuk setelah beberapa tahun beliau mewakili pasukan staf. Walaupun pasukan staf mempunyai pemain-pemain mantap di beberapa posisi ditambah dengan pemain import, tetapi persefahaman di kalangan pemain dilihat masih kurang serasi.

Musim bolasepak nampaknya semakin berakhir dan mungkin selepas ini tiada lagi staf akan beraksi di petang hari. Menunggu setahun lagi pastinya satu penyiksaan, terutamanya untuk mengembalikan fitness.

Tinggal satu lagi kejohanan yang akan diharungi pada 12 April ini, di mana pasukan-pasukan staf tiga universiti swasta iaitu UTP, UNITEN dan MMU akan berentap. Kini tumpuan pasukan staf UTP lebih terarah kepada kejohanan ini. Namun sesi latihan sejak dua minggu ini dilihat hambar memandangkan hujan masih melanda dan juga komitmen staf kepada perkara-perkara lain. Diharap rakan-rakan pemain akan akan turun latihan untuk dua hari lagi.

Untuk kejohanan futsal pada 19 dan 20 April pula, kapten Dogek sedang mencari pemain-pemain berkaliber untuk menyertai pasukan. Staf yang berminat sila daftarkan diri. Tahun lalu, pasukan staf mendapat naib johan dalam kejohanan tersebut.

Barclays Premier League & Yahoo Fantasy Football
Dengan keputusan seri yang dicatat Man Utd ketika menentang Middlesbrough, Chelsea merapatkan jurang untuk bersaing merebut kejuaraan. Arsenal pula semakin goyah di tangga ketiga setelah sekali lagi seri dengan Liverpool. Tiada kejutan untuk perlawanan-perlawanan lain selain Newcastle Utd yang mencatat kemenangan 3-0 ke atas Reading. Kemenangan ini amat bermakna untuk Kevin Keegan dan anak-anak buahnya mengembalikan moral pasukan.

Dalam Yahoo Fantasy Football, Parit Selikur nampaknya semakin kukuh di persada liga. Persaningan lebih tertumpu untuk perebutan tangga kedua, ketiga dan seterusnya. Percaturan Parit Selikur untuk menggunakan Ronaldo sepanjang musim hampir pasti berakhir dengan jayanya setelah pemain tersebut terus menerus mencatat keputusan membanggakan.

UEFA Champions League
Kini persaingan suku akhir hampir berakhir. Liverpool dan Chelsea telah melayakkan diri ke saingan separuh akhir setelah masing-masing menewaskan Arsenal dan Fernabahce. Dalam saingan separuh akhir mereka akan bertemu sesama sendiri. Sekali lagi kelab English akan bertemu. Wartawan dah bosan. Anda bagaimana?

Dua lagi slot separuh akhir akan ditentukan antara Man Utd, Roma, Barcelona dan Schalke. Man Utd dan Barcelona punya kelebihan setelah memenangi suku akhir pertama. Andai Man Utd dan Barcelona bertemu, sudah pastinya saingan ini adalah yang paling menarik sepanjang musim. Nantikan aksi-aksi pasukan handalan Eropah beraksi pagi esok untuk dua lagi slot ke separuh akhir di Astro ESPN dan Star Sport.

0 comments