Nombor-nombor best

Posted by Falcao | Thursday, April 17, 2008

Sejak dari kecil lagi penulis amat berminat dengan permainan bola sepak ini, selain bermain badminton dan sepak takraw. Namun, penulis hingga kini masih belum punya pengalaman yang luas dalam setiap permainan. Tak pernah menjalani intensif training untuk permainan-permainan ini. Dalam permainan bola sepak penulis hanya sempat dilatih sebagai bek oleh seorang Cikgu di sekolah rendah bernama Rose Dzidan.

Ok. Cukup dengan sedikit celoteh. Kisah hari ini lebih berkisar kepada nombor-nombor yang menarik untuk dipakai. Sebagai seorang pemain bola sepak bila pakai nombor pilihan kita tu kita berasa hebat dan lebih yakin. Masih ingat lagi masa sekolah rendah, penulis selalu pakai nombor 3. Kemudian di sekolah menengah nombor 4 ketika bermain bola sepak dan nombor 7 ketika bermain sepak takraw. Masuk ke zaman universiti nombor 13 memang penulis yang punya. Dan sekarang masuk zaman kerja, nombor 12 yang sering dipakai.

Bagi penulis nombor-nombor tu tak la signifikan dengan apa-apa pun. Cuma lawak bila masuk universiti, nombor 13 tu sebab teringat tarikh 13 June, tarikh kenal awek first. Nombor 12 tu walaupun tak best, tapi penulis admire dengan seorang pemakai nombor 12 bernama Falcao. Nombor-nombor lain tu main pakai je.

Sesetengah orang pakai nombor sebab suka pemain pujaan mereka. Contohnya, magnificent 7 kepunyaan Beckham, Figo dan Raul dulu dan sekarang. Sekarang ramai juga orang pakai nombor 23 sebab admire Bekham. Tapi paling susah dapat adalah nombor sepuluh. Orang kata legend saja boleh pakai nombor ni.

Anda macam mana? Apa nombor kegemaran anda? Tapi yang penting main biar bergaya dan bagus. Kalau pakai nombor best, main hampes tak syok juga. Persepsi orang beb, walaupun kita sebenarnya main pakai aje atau admire seseorang.

Cheers!!!

0 comments