Switzerland vs Czech Republic : 1200am waktu Malaysia
Perlawanan pertama malam ini menemukan pasukan tuan rumah dan pasukan Republik Czech yang mana punya sejarah hebat dalam penyertaan kejohanan Eropah.
Bagi kapten pasukan Switzerland Alexander Frei, pastinya pasukan mereka semakin tertekan menjelang pertemuan pembukaan ini. Ribuan penyokong tuan rumah pastinya mengharapkan pasukan Swiss mendapat keputusan yang baik.
Namun, halangan pertama mereka bukanlah pasukan yang calang-calang. Republik Czech pastinya tidak akan memberikan laluan mudah buat pasukan tuan rumah itu. Walaupun kehilangan ketua pasukan Tomas Rosicky akibat kecederaan mereka masih lagi boleh mengharapkan kelibat ketua pasukan yang baru iaitu Tomas Ujfalusi. Selain itu Milan Baros yang dipanggil semula untuk mengukuhkan jentera serangan diharap dapat menghasilkan sesuatu.
Portugal vs Turkey: 2.45am waktu Malaysia
Pertemuan kedua pagi esok adalah antara pasukan pilihan Portugal dan darkhorse Turkey. Setelah kegagalan Portugal di EURO 2008, pastinya kali ini mereka ingin tampil dengan lebih meyakinkan. Cristiano Ronaldo yang menjaringkan banyak gol musim ini pastinya diharap untuk menjelmakan sesuatu yang menarik untuk melengkapkan musim cemerlang. Mereka tampak bagus di midfield tapi bagaimana pula di bahagian defend dan serangan.
Turkey pastinya punya ramuan istimewa untuk melihat ruang kelemahan Portugal. Pada kempen kali ini jurulatih Turkey, Fatih Terim ingin terus menerus menerapkan corak dalam perancangan taktikal. Tidak mustahil mereka akan berjaya menyekat penguasaan Portugal andai adik beradik Altintop, Emre, Kaveci dan yang lain-lain menampilan permainan penuh bersemangat pagi esok.
Sesiapa yang tiada Astro, jangan risau Media Prima melalui TV3 dan NTV7 akan menyiarkan perlawanan-perlawanan tersebut.
Let's live with EURO 2008 this June!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment