Matchday 3 Highlight: Group of Death

Posted by Falcao | Tuesday, June 10, 2008

Romania vs France (0-0)
Selain perlawanan Belanda vs Italy, tumpuan turut terarah kepada perlawanan ini memandangkan record Romania yang baik disepanjang kempen kelayakan. France pula dibarisi ramai bintang-bintang baru yang diharap dapat menggantikan kelibat Zidane seperti Frank Ribery dan Karim Benzema.

Namun France tidak dapat menjelmakan sesuatu yang menarik buat peminat mereka setelah sekadar seri 0-0 dalam permainan yang amat membosan setelah kempen berlangsung selama 3 hari.

Les Blues in a blue!!! [Game statistic]

Holland vs France (3-0)

Perlawanan tumpuan yang amat menarik ditonton setakat ini setelah Belanda berjaya menewaskan juara World Cup 2006 dengan margin jaringan yang agak besar, 3-0. Kemenganan terakhir Belanda menentang juara World Cup 4 kali ini adalah pada 50 tahun lalu. Jadi kemenangan ini jelas bermakna buat mereka.

Jaringan kontroversi van Nilsterooy, flick cantik Sneidjer dan tandukan van Bronkhost memusnahkan harapan Italy yang ingin terus mencatat kemenangan ke atas Belanda.

Ketiadaan Cannavaro jelas memberi ruang kepada Belanda merobek gawang Italy tetapi ia melalui goal counter attack. Kemasukan Del Piero, Grosso dan Cassano jelas memberi suntikan semangat tapi mereka tewas dengan counter attack Belanda yang tidak dapat dihalang oleh bek-bek Itali.

Apapun saingan masih terbuka setelah France seri dengan Romania. Jadi nantikan perlawanan Group of Death pada 13 June ini. [Game statistic]

0 comments