Petang semalam telah diadakan perlawanan persahabatan antara UTP – Jabatan Perangkaan Perak. Perlawanan terpaksa dilangsungkan dalam hujan lebat dan padang yang banjir paras keting. Dalam perlawanan itu pemain lebih banyak sepak air dari sepak bola. Pemain juga tidak perlu minum air minuman kerana ramai yang terminum air jus rumput.
Dari segi ball possession utp mengusai 60% namun tak banyak percubaan bahaya ke pintu gol lawan. Yusri che lah muncul wira di separuh masa pertama apabila membuat aksi syahid sliding depan gol ketika pintu gol sudah terbuka luas.
Second half tukar padang sebelah. Tapi masih bola sangkut-sangkut. Namun nasib lebih menyebelahi lawan apabila Berjaya sepak masuk bola yang sangkut dalam kotak penalty. Gol itu kekal sampai tamat. Utp pula terlepas 2 peluang keemasan dari Fatimie. Takde luck. Gol sham lebam pula dibatalkan. Dia kabo kalau dia jumpa referi tu kat lambor memang tak balik ipoh le dah. Kesungguhan sham amat jelas kelihatan sehinggakan dia menghalau faiz keluar padang kerana hanya berjalan-jalan saja dan tidak kejar bola. Ada pemain lain kasi tau kat wartawan yang sham memaki bola setiap kali sangkut dalam air.
Akhir kata team lawan ajak repeat kat stadium batu gajah. Kita kena beri tarikh pada mereka.
Yusri che lah cuba dibeli oleh pasukan murata semalam tetapi terpaksa menolak tawaran kerana masih setia bersama UTP.
p/s: cermin mata dah jumpa. Ada terselit dalam tuala rupanya….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment