Beginilah keadaan pemain-pemain UTP Staff FC di bilik persalinan sebelum perlawanan menentang Sonar FC. Nampak seperti pemain-pemain tidak tertekan sama sekali. Namun situasi agak berbeza ketika dalam perlawanan. Terdapat beberapa player yang berada dalam tekanan gagal mengawal bola dengan baik, gagal mencipta ruang lalu terbantutlah beberapa strategi yang diatur. Mungkin kerana kurangnya perlawanan-perlawanan persabahatan kompetitif menyebabkan beberapa aspek gagal diperbaiki. Aspek mental strength sememangnya amat penting dalam setiap perlawanan bolasepak. Selain kekuatan fizikal dan stamina, mental memainkan peranan agar player dalam mengawal keadaan, tidak bersikap terburu-buru dan lebih professional. Jika aspek ini dapat diperbaiki, tidak mustahil pasukan UTP Staff FC akan lebih mantap dan berkeyakinan menghadapi setiap perlawanan.
Cheers!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment