Setelah mengharungi perlawanan pertama dengan kejayaan, pemain-pemain Staff FC tidak leka dan terus menjalani latihan dibawah kendalian coach dan manager. Kelemahan-kelemahan pada perlawanan pertama perlu diperbaiki agar dapat mengharungi perlawanan kedua menentang Onitsuka Tiger dengan baik.
Dijangkan pasukan lawan adalah lebih baik style permainannya berbanding lawan terdahulu. Namun pemain Staff FC terus berkeyakinan untuk memberi tentangan pada liga tahun ini dan tidak menghiraukan lawan-lawan seterusnya.
Akan tetapi barisan yang menewaskan Sonar FC minggu lepas mungkin tidak dapat diturunkan sepenuhnya kerana terdapat beberapa pemain tunggak mengalami kecederaan. Selain itu ramai juga yang pulang ke kampung halaman seawal esok untuk membuang undi bagi Pilihanraya Umum ke-12 pada hari Sabtu.
Walaubagaimanapun, coach pastinya punya strategi sendiri bagi menghadapi lawan esok. Bagi pemain pula, pastinya mereka tidak mudah menyerah seawal peringkat kumpulan pada tahun ini.
Go..go..fighting!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment