STAFF FC DIMALUKAN

Posted by wartawan | Monday, March 31, 2008

sungguh mengecewakan dan menghampakan.ingatkan bole le menang dengan team lauk macam picisan tu.rupanya staff fc yang jadi lauk.kalah 3-1 sungguh memalukan.kita kalah kerana kebodohan kita sendiri.bukan kerana lawan kita yang hebat.bayangkan le sepanjang perlawanan lan sport tak dapat bola langsung cuma terlepas 3 gol saja.2 kali kita sedekah penalti.
Adli salah satu punca kekalahan kita. dah le orang lain buat offside dia pegi lepak lagi kat bawah.sungguh tak alert.pastu dengan selamba je rempuh lawan dalam kotak penalti. dia ni betui le main bola tak pakai otak.pakai kederat je.penalti itu sebenarnya telah meruntuhkan semangat para pemain lain memandangkan lawan tak bagus langsung. gol kedua lawan pula akibat kelekaan kita menyerang.hampir semua defend naik.akibatnya kena counter attack.gol ni pun patut boleh dielakkan kalau irvin tekel atau tarik baju lawan diluar kotak penalti. ini dia bole bior je mamat tu bawa sampai dalam kotak.adoiiiii.......
gol ketiga plak bole kira salah remy le.penyerang mereka lembik.so apa perlunya contact mamat tu dalam kotak.tentu le dia jatuh dan dapat penalti lagi.kalau rebut biasa je gerenti tak lepas punya. salmi pula main ala kadar aje memandangkan peluang untuk ke suku akhir telah tertutup kerana rohirin sudah belasah sona fc.sepak penalti pun tak masuk.elok kasi masarat tendang je.
semoga kekalahan ini menjadi pengajaran berguna buat staff fc supaya tidak bermain sambil lewa lagi. latihan harus diteruskan bagi memantapkan smula pasukan menjelang piala IPTS 2008 di uniten nanti. sesi latihan akan diadakan setiap selasa,rabu dan khamis dibawah kendalian zaaba.(jurulatih baru staff fc)

STAFF FC VS PICISAN

Posted by wartawan | Friday, March 28, 2008

Petang ini merupakan perlawanan terakhir buat staff fc dalam saingan kumpulan D. kita perlu menang game ini sambil mengharapkan satu lagi perlawanan di padang sebelah antara rohirin dan sona fc mendapat keputusan seri. picisan bukan le pasukan yang hebat tetapi mereka akan memberi saingan yang kuat apabila berdepan dengan team staff.
staff pula akan beraksi tanpa 2 pemain yang digantung 1 perlawanan akibat menerima 2 kad kuning iaitu Maisarat dan Sayuthi. ini sudah tentu menyukarkan tugas fatimie untuk mencari gol sebanyak mungkin. jurulatih salmi sedang memikirkan strategi apa nak digunakan petang ni. diharapkan cuaca baik agar padang tidak becak dan permainan jadi menarik ditonton.
semoga maju jaya.

STAFF FC SEKADAR SERI

Posted by wartawan | Monday, March 24, 2008

peluang staff fc untuk mara ke suku akhir makin tipis setelah hanya mampu seri 1-1 dengan Rohirin. kini staff fc perlu menang perlawanan terakhir dan perlu berharap rohirin kalah atau seri dalam baki perlawanan mereka. onitsuka tiger sudah hampir pasti mara ke suku akhir setelah masih kekal dengan rekod tanpa kalah.
perlawanan jumaat lalu berlangsung dalam padang yang becak dan menyukarkan pemain untuk membuat hantaran yang tepat. staff fc terlebih dahulu ketinggalan namun mohd salmi othman berjaya menjaringkan gol penyamaan hasil sepakan percuma fatimie.kalau le salmi tak score kalah dah kita.
jumaat ni kita ada 1 game lagi dan kita perlu menang.

STAFF FC HADAPI UJIAN GETIR

Posted by wartawan | Wednesday, March 19, 2008

jumaat ini staff fc bakal berdepan ujian getir kerana perlu berdepan dengan pasukan pilihan iaitu rohirin fc.andai kita kalah jumaat ini maka kita bakal tersingkir dari saingan liga. tapi jika kita menang atau seri, kita masih ada peluang. namun harus diingat tumpuan utama staff fc tahun ini ialah untuk muncul juara Sukan IPTS 2008. jadi liga ini adalah sebagai kayu ukur menguji kekuatan pasukan kita. oleh kerana fuad takde jumaat ni, minta sukarelawan untuk isikan borang sebelum perlawanan dan semasa perlawanan.
staff fc juga bakal kehilangan bek kiri terbaiknya iaitu yusri che lah yang tidak dapat beraksi jumaat ini kerana ada urusan keluarga di putrajaya.beliau sempat mengucapkan selamat maju jaya kepada rakan-rakan yang lain.
kekalahan pasukan perak harus ditebus oleh staff fc.

ZAABA KEMBALI BERAKSI

Posted by wartawan | Tuesday, March 18, 2008

setelah berehat sekian lama, zaaba kini kembali beraksi dgn staff fc. smalam dia sudah turun menjalani latihan bersama pemain staff fc yang lain dan sempat juga mencederakan kaki beberapa pemain.
penyerang import staff fc pula iaitu masarat menghadapi masalah dengan kasut bolanya yang telah terkoyak. game jumaat ni dia nak pakai kasut apa tak tau le.
kini kita ada masa 2 hari saja lagi untuk membuat latihan.harap pemain jangan le ponteng latihan.game jumaat ni adalah penentu segalanya. andai kalah maka kita akan terkeluar dari persaingan liga utp.semoga segala kelemahan dan kekurangan dapat dibaiki.
sayuthi dipilih sebagai pemain terbaik semasa latihan smalam. tapi malangnya tiap kali game sayuthi gagal mempamer aksi yang baik.sesuatu harus dilakukan untuk atasi masalah ini.
dimanakah Jai? dah tak turun training lagi nampaknya.

STAFF FC BERLATIH DI GYMNASIUM

Posted by wartawan | Friday, March 14, 2008

Musim hujan yang kerap berlaku disebelah petang menyebabkan para pemain staff fc memilih untuk berlatih di gymnasium pula bagi menguatkan otot-otot tubuh badan agar menjadi lebih kuat dan 'keras'. antara pemain yang hadir smalam ialah remy,sayuthi,yusri,wan,pawi dan fatimie. namun begitu, fatimie dilihat lebih banyak mengorat awek kat gym tu termasuklah awek elyas pun dia ngorat.
jurufoto blog ini ada merakamkan beberapa gambar semasa sesi latihan ini yang akan disiarkan sekali.

SUKAN IPTS 2008

Posted by wartawan | Wednesday, March 12, 2008

UTP, MMU dan UNITEN akan mengadakan kejohanan sukan staff IPTS sebagai satu perintis sukan staff untuk diadakan tiap-tiap tahun atau 2 tahun sekali bagi mengeratkan 3 IPTS yang terbesar di Malaysia ini. Salah satu jenis sukan ialah bola sepak, bola tampar dan badminton.
tuan rumah bagi kejohanan ini masih belum diketahui lagi.
ini merupakan berita baik untuk staff fc bagi mengharumkan nama utp dipersada sukan negara. selama ini staff fc dianggap jaguh kampung kerana hanya bermain di liga dalaman saja.kini dengan adanya sukan IPTS ini dapatlah kita menguji keupayaan kita dan sejauh manakah kita mampu melangkah.
syabas fuad kerana berjaya merealisasikan impian wartawan selama ini untuk bermain dalam kejohanan yang besar.oleh itu, liga utp ini merupakan medan ujian yang terbaik bagi mengesan kelemahan yang ada agar semasa kejohanan itu nanti kita mampu muncul juara.

Love and dream!!!

Posted by Falcao | Wednesday, March 12, 2008

Starting from now, I will do my best to write Falcao football diary column. Hopefully this column will highlight my passion and enthusiasm about a game called football, soccer, bolasepak, futbol and etc in the world.

Even though I am not used to be a professional football player and I will never taste those experiences, but all I have is love of the game. Along the way since I was kid I saw this game, dreaming to be pros and learning the way how the stars kick the ball, I just can kick the ball away.

For me, football is different from another game, it is an art. The skills, movement on the pitch, tactical and goal produces make me wonder how beautiful football can be.

In my country Malaysia, a lot of people want to be an artist (look at the AF, Malaysian Idol, One in A Million etc) but there are also many people want to be a footballers. The love for the art is to be an artist, and the love of the game is to be a footballer.

Do not compare Malaysia with top ranks country; Brazil, Italy, Argentina etc, they are football culture where they live with football. “Main, makan, tidur dengan bola” (Play, eat, sleep with the ball).

Time goes by, I just want to be happy having football in my life. No racism, hooligan, or terrorism, no “gaduh-gaduh; football is a beautiful game.

STAFF FC TUMPAS

Posted by wartawan | Monday, March 10, 2008

UTP,10 Mac, Staff Fc mengalami kekalahan pertamanya dalam liga utp 2008 ini kepada team baru iaitu onitsuka tiger dengan 2-1. keputusan itu sekaligus sedikit menyukarkan peluang staff fc untuk mara ke suku akhir kerana pertemuan seterusnya menentang rohirin tentu lebih sukar. untuk rekod, ini juga adalah pertama kali staff fc kalah dalam peringkat kumpulan sepanjang penyertaan staff fc dalam liga utp. rupanya kekalahan staff fc adalah petanda buruk buat parti barisan nasional yang turut kalah di beberapa negeri.
sepanjang perlawanan staff fc yang lebih banyak buat percubaan ke arah gol lawan namun nasib ternyata tidak menyebelahi. ada yang tersasar,ditepis penjaga gol atau diselamatkan oleh pertahanan di atas garisan gol. tapi kalau linesman buat kerja dengan betul, bola patutnya dah lepas garisan gol. tu le namanya takde rezeki nak menang. pihak lawan pula kurang buat percubaan tapi akibat 2 kali perangkap offside tak jadi, mereka dapat jaringkan gol. gol kemenangan mereka dijaringkan ketika perlawanan berbaki 5 minit je lagi. ingat dah boleh seri le.sedikit kelekaan membawa padah.
gol tunggal staff fc dijaringkan oleh pemain gantian, sham lebam. kad kuning dilayangkan kepada arfaishah dan salmi.

Yahoo Fantasy Football Week 26

Posted by Falcao | Friday, March 07, 2008

After 25 week run of Barclays Premier League. Parit Selikur still dominating utpstaffleague and Vatos Locos Ligue.

Below is the snapshot of Week 25 result where sampan fc awarded Manager of the Week.
Thanks to a boat of Liverpool player in his line-up.

For Week 26, Parit Selikur seems has no choice rather than keeping Cristiano Ronaldo even though Man Utd is not playing this week. Have to sacrifice point this week. Anyway keeping Gerrard and Babel is a must because is not a bad fixture for Liverpool this week.

Parit Selikur has no Chelsea player except Joe Cole who continue good run. The team not balance as well with Reid and Mokoena but the faith to Santa Cruz to deliver is there. Hopefully Parit Selikur can continue the good run for few weeks to go.

p/s: Actually Parit Selikur bore already; topping the league from the start of the season.. hohoho... cheers!!!

Setelah mengharungi perlawanan pertama dengan kejayaan, pemain-pemain Staff FC tidak leka dan terus menjalani latihan dibawah kendalian coach dan manager. Kelemahan-kelemahan pada perlawanan pertama perlu diperbaiki agar dapat mengharungi perlawanan kedua menentang Onitsuka Tiger dengan baik.

Dijangkan pasukan lawan adalah lebih baik style permainannya berbanding lawan terdahulu. Namun pemain Staff FC terus berkeyakinan untuk memberi tentangan pada liga tahun ini dan tidak menghiraukan lawan-lawan seterusnya.

Akan tetapi barisan yang menewaskan Sonar FC minggu lepas mungkin tidak dapat diturunkan sepenuhnya kerana terdapat beberapa pemain tunggak mengalami kecederaan. Selain itu ramai juga yang pulang ke kampung halaman seawal esok untuk membuang undi bagi Pilihanraya Umum ke-12 pada hari Sabtu.

Walaubagaimanapun, coach pastinya punya strategi sendiri bagi menghadapi lawan esok. Bagi pemain pula, pastinya mereka tidak mudah menyerah seawal peringkat kumpulan pada tahun ini.

Go..go..fighting!!!

UTP Staff FC Rule #1 Mental Strength

Posted by Falcao | Wednesday, March 05, 2008


Beginilah keadaan pemain-pemain UTP Staff FC di bilik persalinan sebelum perlawanan menentang Sonar FC. Nampak seperti pemain-pemain tidak tertekan sama sekali. Namun situasi agak berbeza ketika dalam perlawanan. Terdapat beberapa player yang berada dalam tekanan gagal mengawal bola dengan baik, gagal mencipta ruang lalu terbantutlah beberapa strategi yang diatur. Mungkin kerana kurangnya perlawanan-perlawanan persabahatan kompetitif menyebabkan beberapa aspek gagal diperbaiki. Aspek mental strength sememangnya amat penting dalam setiap perlawanan bolasepak. Selain kekuatan fizikal dan stamina, mental memainkan peranan agar player dalam mengawal keadaan, tidak bersikap terburu-buru dan lebih professional. Jika aspek ini dapat diperbaiki, tidak mustahil pasukan UTP Staff FC akan lebih mantap dan berkeyakinan menghadapi setiap perlawanan.

Cheers!!!

Jadual Perlawanan Staff Fc (Mac - April)

Posted by wartawan | Wednesday, March 05, 2008

Tarikh
Liga UTP
Venue
07/03/2008
RIDER FC vs STAFF FC
UTP
21/03/2008
STAFF FC vs ROHIRRIM
UTP
28/03/2008
STAFF FC vs D'MATRIX
UTP
19/04/2008
Quarter Final
UTP
26/04/2008
Semi Final
UTP
03/05/2008
FINAL
UTP

Friendly Games

14/03/2008
STAFF FC vs MDPT
UTP
05/04/2008
Penapisan Melaka vs STAFF FC
PPM
11/04/2008
Kurt FC vs STAFF FC
UTP
15/04/2008
STAFF FC vs Bota
Bota Std
22/04/2008
STAFF FC vs ?
UTP

Staff FC Capai Kemenangan Pertama

Posted by wartawan | Wednesday, March 05, 2008

Jumaat, 29 Februari, pasukan Staff FC berjaya mencapai kemenangan selesa ke atas pasukan Sonar FC dengan jaringan 3 - 1. Gol-gol pasukan Staff FC dijaringkan oleh Fatimie (2 gol) dan penyerang import Maisarat telah menjaringkan 1 gol. Ini menjadikan Staff FC kini menduduki tempat teratas dalam liga.

Perlawanan berikutnya ialah menentang team Tiger pada 7 March ini. Menurut pemerhati sukan, sepatutnya kita mampu menang game tu nanti. Semoga para penyokong dapat hadir memberi sokongan padu.

UTP Staff FC

Posted by Falcao | Tuesday, March 04, 2008